NEGERI SEMBILAN menentang JOHOR... - Hekmah_insan_biasa..

Wednesday, March 9, 2011

NEGERI SEMBILAN menentang JOHOR...



VS



“Suatu petang di Stadium Paroi, ada sebuah perlawanan bolasepak Liga Super di antara pasukan Johor menentang pasukan tuan rumah iaitu Negeri Sembilan.
Laungan “Golllll!!!!!!!!!!” bergema apabila pasukan Negeri Sembilan berjaya menyumbat gol. Semua penyokong tuan rumah bersorak sambil berdiri merayakan gol tersebut.
Dalam kekecohan, penonton dari Johor terpijak kaki penyokong tempatan, dan dengan sopannya berkata, “Sorry”.
Penyokong tempatan itu memandang penonton tersebut dari atas ke bawah, sebelum membalas, “Sori, kopalo ayah ko.. Kan dah ompek kosong tu! Tengok kat scoreboard tu!Buto ko apo?”
(“Seri, kepala ayah kau.. Kan dah 4-0 tu! Tengok kat scoreboard tu! Buta ke apa?”)


P/S :PERHATIAN kepada semua orang NEGERI SEMBILAN jangan tiru aksi ini di Stadium.....

No comments:

@way2themes

Subscribe For New Post Notifications